Pengenalan SMIH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat datang ke laman web rasmi Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH). Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan pendidikan anak-anak anda. SMIH komited untuk menyediakan pendidikan Islam yang holistik, menyepadukan ilmu akademik dengan nilai-nilai keagamaan.

Bersama-sama, kita akan membangun generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga memiliki akhlak yang mulia dan menjadi pemimpin masa depan yang bertakwa. Kami menjemput anda untuk menyertai keluarga besar SMIH.

Pn Seri Juli Emas Wati Binti Adnan

Pengetua, Sekolah Menengah Islam Hidayah

Visi

Menjadi Peneraju Pendidikan Islam Yang Holistik, Rahmah dan Berpotensi Tinggi

Misi

1. Memacu Sistem Pendidikan yang Holistik dan Lestari
2. Melahirkan Insan Rabbani Yang Mampu Memimpin dan Membawa Rahmah kepada Masyarakat

Falsafah Pendidikan

Pendidikan Islam merupakan proses pembentukan yang berterusan serta menyeluruh. Ia bertunjangkan aqidah, berusaha membina setiap peribadi secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang antara aqliah dan nafsiah Islamiah serta menyempurnakan tuntutan makarim al-akhlak. Proses pendidikan Islam bercita-cita melahirkan insan akademis muttaqin dan ulama’ amilin yang menghayati nilai-nilai rabbani.

Kami ingin melahirkan...

Insan Rabbani

...yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Jasmani Yang Cergas
Akhlaq Yang Mulia
Pengetahuan Luas
Hikmah yang Ketara
Qalbu Yang Sejahtera
Aqidah yang Benar
Rohani yang Teguh
Ibadah yang betul
Kepimpinan dan Pengurusan Berwibawa
Dakwah yang Istiqamah
Rahmatan Lil 'Alamin

Logo & Maksud

Bentuk Bulat
Melambangkan keazaman dan tekad yang kental juga relevan untuk semua lapisan masyarakat.

Bentuk buku terbuka
Melambangkan Al-Quran atau kitab yang menjadi sumber ilmu yang rabbani

Bentuk tunas bunga
Melambangkan tempat menyemai dan melahirkan insan rabbani

Bentuk petak tersusun
Melambangkan penguasaan teknologi terkini

Warna putih
Melambangkan kesucian dan kebersihan

Warna Hijau
Melambangkan keislaman

Warna biru
Melambangkan teknologi moden

Warna merah
Melambangkan kepimpinan yang berani