LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU KSSM DALAM TALIAN.

Alhamdulilah, bidang bahasa Sekolah Menengah Islam Hidayah, di bawah penganjuran  Panitia bahasa Melayu  telah berjaya melaksanakan bengkel teknik menjawab bahasa Melayu KSSM secara dalam talian yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman, Tn Hj Ujang Mohamad Lazim, Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Bengkel selama dua hari itu telah menyasarkan penyertaan kepada semua pelajar tingkatan 5 atau lebih tepat calon-calon SPM 2021. Objektif penganjuran bengkel ini untuk memberikan pendedahan dan membiasakan pelajar dengan format peperiksaan bahasa Melayu  SPM KSSM.  Bermula dengan bengkel menjawab bahasa Melayu kertas 2 pada 5 Jun,  diikuti teknik menjawab kertas 1 siri kedua pada 8 Jun 2021 mendapat sambutan yang sangat positif daripada semua pelajar tingkatan 5 walaupun masih dalam suasana cuti persekolahan, apatah bengkel diadakan pada waktu pagi bermula pukul 9.00-11.00 pagi.   Situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyebabkan bengkel dijalankan secara dalam talian menggunakan medium Microsoft Teams dan Google Meet  tidak secara bersemuka, langsung tidak mematahkan semangat pelajar untuk terus memburu ilmu walaupun terdapat kekangan capaian Internet yang kurang memuaskan kerana alah bisa tegal biasa dek kerana mereka sudah terbiasa dengan kelas pdpr secara dalam talian. Semoga bengkel ini mencapai objektifnya dan usaha yang berterusan akan menghasilkan kejayaan dalam  peperiksaan SPM 2021 kerana usaha tangga kejayaan.

Disediakan oleh, 13 Jun 2021
Ustazah Norsamsidar Miskan
Ketua Panitia Bahasa Melayu SMIH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teruskan membaca ...

IHTIFAL SMIH KEMBALI LAGI !!!!

Majlis Ihtifal Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), Johor Bahru bagi tahun 2021 akan diadakan seperti ketetapan berikut: โ€ข Tarikh &

Non maiores alias repellendus

Omnis voluptas rem quo natus quae quo illum architecto quidem quas pariatur consequuntur tenetur provident alias cumque molestiae non odit

PERTANDINGAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Sempena sambutan bulan kemerdekaan kali ke- 64 yang bertemakan Malaysia Prihatin, pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah JB telah menganjurkan

SMIH JB: Student QR

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸStudentsQR ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ Alhamdulillah.Berikut adalah makluman pencapaian prestasi QR untuk bulan Ogos 2021, bagi 2 kategori: Kelas terbaik. Murid terbaik. Pihak

KEM TAHFIZ LEVEL 3, JULAI 2021

Alhamdulillah pada 16-18 Julai lepas, kem tahfiz bagi murid tahfiz telah dilaksanakan dengan jayanya. Tujuan Kem tahfiz ini dijalankan agar