SMIHJB: AKTIVITI PERJUMPAAN KELAB SUKAN DAN PERMAINAN KALI KE-3

Pada hari Sabtu bertarikh 3 Julai 2021, perjumpaan Kelab Sukan dan Permainan kali ketiga telah diadakan secara dalam talian. Perjumpaan yang melibatkan 14 kelab sukan dan permainan ini telah berlangsung selama dua jam bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Medium yang digunakan untuk perjumpaan kali ini ialah “Google Meet” dan “Google Classroom”. Tajuk yang dibincangkan semasa perjumpaan ialah Asas Pemakanan Dalam Sukan.

Seiring dengan tajuk aktiviti perjumpaan, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang pengenalan kepada pemakanan sihat, nutrisi seimbang dan kepentingan hidrasi dalam tubuh badan. Selain itu juga, semasa aktiviti perjumpaan ini dilaksanakan, setiap guru penasihat dalam kelab sukan dan permainan telah memfokuskan dan mengingatkan pelajar supaya menjaga dan menitikberatkan pemakanan sebelum, semasa dan selepas bersukan.

Untuk aktiviti penyediaan pelajar, guru penasihat bagi setiap kelab sukan dan permainan telah merancang aktiviti mengikut stail dan kreativiti kelab masing-masing supaya pelajar dapat melaksanakan aktiviti tersebut dengan mudah serta mengaplikasikan maklumat asas pemakanan dalam menu yang dihasilkan. Seterusnya, pelajar juga telah membuat pembentangan menu yang dihasilkan semasa perjumpaan berlangsung dan menghantar tugasan tersebut di “Google Classroom”. Hasil kerja pelajar telah dinilai oleh guru penasihat dan tugasan yang mengikut terma dan syarat tajuk aktiviti perjumpaan telah dikira sebagai pemenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teruskan membaca ...

Ullam quam et tenetur mollitia

Laborum odit ipsum a laboriosam reiciendis et quam. Libero consectetur modi odit. Quidem ducimus et et Consequatur consequatur consequatur est.

SMIHJB: Taklimat Aplikasi PAJSK Kepada Guru-Guru

Program              : Taklimat Aplikasi PAJSK Kepada Guru-Guru Tarikh                   : 05hb Julai 2021 Hari                       : Isnin Masa                    : 0330-0430 Petang Kehadiran