MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2021Khamis, 6 Mei 2020 :

Membudayakan Al-quran dan menghidupkan bacaan Al-quran sepanjang Ramadhan adalah antara ibadah utama yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan.Alhamdulillah pada 7 Mei 2021 bersamaan dengan 24 Ramadan 1442 H telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran anjuran Bidang Tahfiz Sekolah Menengah Islam Hidayah JB. Majlis yang dijalankan pada setiap tahun ini dilaksanakan dengan sedikit kelainan seiring dengan suasana norma baharu.Seramai 27 orang murid daripada tingkatan 1 sehingga 5 telah terlibat secara langsung sebagai qari Khatam Al-Quran di musolla banin. Manakala semua warga SMIHJB mengikuti majlis tersebut secara atas talian melalui paparan LCD di setiap kelas.Sebelum Majlis Khatam Al-Quran ini dijalankan, murid-murid dikehendaki untuk melengkapkan bacaan juzuk Al-Quran yang telah dibahagikan semasa slot tadarus Al-Quran iaitu pada waktu rehat kedua sepanjang bulan Ramadan.Selain itu, penyampaian hadiah turut disampaikan kepada pemenang-pemenang yang menyertai aktiviti pertandingan program Semarak Ramadan. Antara slot yang dinanti-nantikan adalah pemberian duit raya kepada setiap murid-murid setelah selesainya majlis.Semoga program ini dapat menyampaikan mesej kepada murid dan semua guru bahawa pentingnya melazimi Al-quran terutama dalam bulan Ramadhan dan disambung pada bulan-bulan seterusnya. Malah, diharapkan murid-murid dapat mencontohi bacaan wakil murid yang ditampilkan dari kelas masing-masing dan sentiasa memperbaiki tahap bacaan Al-quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teruskan membaca ...

SMIH JB | “Program LEAD 2021 ”

Alhamdulillah.Program LEAD, Leadership Exploratory and Development anjuran Musleh telah dijalankan seperti butiran berikut: Fasa 1. Sesi pengisian, bengkel ,latihan ,

SMIHJB: Perkongsian Pelajar

PERKONGSIAN PELAJAR“ Tanggungjawab sebagai kepimpinan sekolah adalah amanah yang mesti dilaksanakan dengan terbaik usaha.Namun sebagai seorang anak dan pelajar, pelbagai

SMIH: Kursus Jamboard

Alhamdulillah pada Khamis 1 Julai 2021, telah berlangsung Kursus Jamboard melibatkan 60 orang guru-guru Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Baharu

IHTIFAL SMIH KEMBALI LAGI !!!!

Majlis Ihtifal Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), Johor Bahru bagi tahun 2021 akan diadakan seperti ketetapan berikut: • Tarikh &