MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2021Khamis, 6 Mei 2020 :

Membudayakan Al-quran dan menghidupkan bacaan Al-quran sepanjang Ramadhan adalah antara ibadah utama yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan.Alhamdulillah pada 7 Mei 2021 bersamaan dengan 24 Ramadan 1442 H telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran anjuran Bidang Tahfiz Sekolah Menengah Islam Hidayah JB. Majlis yang dijalankan pada setiap tahun ini dilaksanakan dengan sedikit kelainan seiring dengan suasana norma baharu.Seramai 27 orang murid daripada tingkatan 1 sehingga 5 telah terlibat secara langsung sebagai qari Khatam Al-Quran di musolla banin. Manakala semua warga SMIHJB mengikuti majlis tersebut secara atas talian melalui paparan LCD di setiap kelas.Sebelum Majlis Khatam Al-Quran ini dijalankan, murid-murid dikehendaki untuk melengkapkan bacaan juzuk Al-Quran yang telah dibahagikan semasa slot tadarus Al-Quran iaitu pada waktu rehat kedua sepanjang bulan Ramadan.Selain itu, penyampaian hadiah turut disampaikan kepada pemenang-pemenang yang menyertai aktiviti pertandingan program Semarak Ramadan. Antara slot yang dinanti-nantikan adalah pemberian duit raya kepada setiap murid-murid setelah selesainya majlis.Semoga program ini dapat menyampaikan mesej kepada murid dan semua guru bahawa pentingnya melazimi Al-quran terutama dalam bulan Ramadhan dan disambung pada bulan-bulan seterusnya. Malah, diharapkan murid-murid dapat mencontohi bacaan wakil murid yang ditampilkan dari kelas masing-masing dan sentiasa memperbaiki tahap bacaan Al-quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teruskan membaca ...

🌟🌟🌟StudentsQR 🌟🌟🌟

Assalamualaikum. Semoga semua ibu bapa serta anak anak SMIHJB di dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah. Alhamdulillah.Berikut adalah makluman

IHTIFAL SMIH KEMBALI LAGI !!!!

Majlis Ihtifal Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), Johor Bahru bagi tahun 2021 akan diadakan seperti ketetapan berikut: • Tarikh &