MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2021Khamis, 6 Mei 2020 :

Membudayakan Al-quran dan menghidupkan bacaan Al-quran sepanjang Ramadhan adalah antara ibadah utama yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan.Alhamdulillah pada 7 Mei 2021 bersamaan dengan 24 Ramadan 1442 H telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran anjuran Bidang Tahfiz Sekolah Menengah Islam Hidayah JB. Majlis yang dijalankan pada setiap tahun ini dilaksanakan dengan sedikit kelainan seiring dengan suasana norma baharu.Seramai 27 orang murid daripada tingkatan 1 sehingga 5 telah terlibat secara langsung sebagai qari Khatam Al-Quran di musolla banin. Manakala semua warga SMIHJB mengikuti majlis tersebut secara atas talian melalui paparan LCD di setiap kelas.Sebelum Majlis Khatam Al-Quran ini dijalankan, murid-murid dikehendaki untuk melengkapkan bacaan juzuk Al-Quran yang telah dibahagikan semasa slot tadarus Al-Quran iaitu pada waktu rehat kedua sepanjang bulan Ramadan.Selain itu, penyampaian hadiah turut disampaikan kepada pemenang-pemenang yang menyertai aktiviti pertandingan program Semarak Ramadan. Antara slot yang dinanti-nantikan adalah pemberian duit raya kepada setiap murid-murid setelah selesainya majlis.Semoga program ini dapat menyampaikan mesej kepada murid dan semua guru bahawa pentingnya melazimi Al-quran terutama dalam bulan Ramadhan dan disambung pada bulan-bulan seterusnya. Malah, diharapkan murid-murid dapat mencontohi bacaan wakil murid yang ditampilkan dari kelas masing-masing dan sentiasa memperbaiki tahap bacaan Al-quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teruskan membaca ...

PROGRAM INDUKSI MPP

Pada 10, 11 dan 17 September 2021 yang lalu, Unit Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru

SMIHJB: Student QR Points Top Performance

🌟🌟🌟StudentsQR 🌟🌟🌟 Assalamualaikum. Semoga semua ibu bapa serta anak anak SMIHJB di dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah. Alhamdulillah.Berikut