Alhamdulillah pada Jumaat 6 Ogos 2021, telah berlangsung Kursus Discord melibatkan 64 orang guru-guru Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Baharu . Kursus anjuran bersama SMIHJB dan PIBG SMIHJB yang telah berlangsung selama lebih 1 jam ini, dikendalikan oleh Dr Shaliza Abd Halim Khamaruzaman, Pensyarah Kanan dan Penyelaras Program, Sekolah Komputeran Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. Antara pengisian kursus ini ialah aturmula papan Maya Discord, perkongsian server dan tetapan keselamatan akaun Discord. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama untuk PdPR yang berkualiti dan berkesan.

LAPORAN KEM TAHFIZ LEVEL (1-2) JULAI 2021
Bersempena dengan cuti pertengahan penggal semester kedua,Bidang Tahfiz Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menganjurkan Program Kem Tahfiz Level


