LAPORAN MALAYSIAN FUTURE LEADERSHIP SCHOOL (MFLS) 2021

Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah menghantar 5 pelajar perempuan untuk mewakili sekolah dalam program kepimpinan Malaysian Future Leader School (MFLS) Kohort 13 pada 1 – 5 Ogos  2021 yang lalu. Pelajar mula mempelajari modul pada pukul 2 petang dan biasanya berakhir pada pukul 6 petang. Selain daripada SMIH, terdapat 10 sekolah yang bersama mengikuti program ini secara dalam talian yang diantaranya ialah SM Sains Johor, MRSM Johor Bahru, SM Teknik Johor Bahru dan lain – lain.                 Setiap hari, pelajar akan didedahkan dengan 2 modul untuk dipelajari dan setiap modul tersebut akan diiringi dengan soalan dalam bentuk google form untuk menguji tahap kefahaman mereka terhadap modul tersebut. Secara keseluruhan, pelajar telah menjawab 9 buah modul di mana setiap tajuk berkait rapat dengan ilmu panduan hidup di hutan seperti ilmu pemasangan khemah, baca kompas dan peta. Selain itu, terdapat juga modul asas menguji tahap intelek pelajar terhadap isu kenegaraan, penyalahgunaan dadah, kritik diri dan kreativiti. Juga terdapat ujian psikometrik untuk mereflek diri pelajar.                 Sekiranya pelajar berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya, mereka akan di beri peluang untuk ke Kem Gunung Pulai untuk mempraktikalkan kemahiran yang mereka telah pelajari sekiranya wabak Covid ini telah berhenti. Komen daripada pelajar pula menyatakan program ini menyeronokkan serta bermanfaat dan mereka juga berpeluang mengenali pelajar dari sekolah lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teruskan membaca ...

SMIH: Kursus Jamboard

Alhamdulillah pada Khamis 1 Julai 2021, telah berlangsung Kursus Jamboard melibatkan 60 orang guru-guru Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Baharu

PERTANDINGAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

🇲🇾🌺🇲🇾🌺🇲🇾🌺🇲🇾🌺🇲🇾🌺🇲🇾🌺🇲🇾 Sempena sambutan bulan kemerdekaan kali ke- 64 yang bertemakan Malaysia Prihatin, pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah JB telah menganjurkan

SMIH JB: Student QR

🌟🌟🌟StudentsQR 🌟🌟🌟 Alhamdulillah.Berikut adalah makluman pencapaian prestasi QR untuk bulan Ogos 2021, bagi 2 kategori: Kelas terbaik. Murid terbaik. Pihak